Pantai Teluk Kemang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Jaraknya cuma 10 km ke selatan bandar Port Dickson.
Kawasan perkelahan ini disebut sebagai Port Dickson sahaja, walaupun
sebenarnya kawasan perkelahan itu terletak di sepanjang pantai Teluk
Kemang.
Pantai ini popular di kalangan penduduk Lembah Kelang dan lain-lain untuk mandi-manda terutama pada hujung minggu.