Wednesday, 14 February 2024

Ride Ke Kelantan Terengganu 3H3M 10-12 Feb 2024

 Ride kali ini sebanyak 6 buat motor , 5 couple , 1 solo (kawe la tu ๐Ÿ˜€). RV di hentian sebelah Serdang jam 9:30 malam ; TG 10:06 malam . 

Sanusi

Shah dan Ina

Pak Din dan Ila

Shaidi dan Anis

Kamarul dan Abby

Pak Mus dan Miza


Antara Destinasi untuk kali ini :

Masjid Tengku Razaliegh, Gua Musang
Gua Neon Gua Musang
Gunung Stong Dabong
Gua ikan Dabong
Stesen Keterapi Dabong
Jelawang Dream Pipe Resort & Extreme Park, Jelawang
Jeram Mengaji Pasir Puteh
Guillemard Bridge , Tanah Merah
Masjid 8 Kubah
Celup Tepung Poligami Penarik
Jambatan Angkat Kuala Terengganu
Pasar Payang , Kuala Terengganu
Surau Langgar Rindu Terengganu
Pulau Kekabu Terengganu
Pantai Kemasik

HARI PERTAMA : 10 FEB 2024

Destinasi pertama adalah masjid buluh Gua musang, tidur dan rehat untuk ride keesokkan hari. Sampai di Masjid Buluh Gua musang jam 3:00 Pagi. Cari 'port' untuk lelapkan mata sementara tunggu azan subuh.



Pemandangan Masjid Tengku Razaligh dari Masjid Buluh

Selesai soat subuh , kami bersarapan di Kedai Kak Zah , Bandar Gua Musang Lama





Selesai sarapan ke Masjid Tengku Razaligh, Bandar Gua Musang. Masjid ini dibina menyerupai model Masjidil Haram di Makkah.







Destinasi seterusnya , Gua Neon / Taman Etnobotani Kesedar, Gua Musang






Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Gunung Stong , Dabong yang mengambil masa lebih kurang 1 jam , mengikut halaju kebangsaan , bukan kebanggaan..๐Ÿ˜‚


Di sebelah belakang terdapat air terjung Gunung Stong. 

Dari Gunung Stong kami meneruskan perjalanan ke Gua Ikan Dabong yang berjarak 10km dan mengambil masa lebih kurang 10 minit.






Seterusnya ke Stesen Keretapi Dabong.


Di hadapan stesen ini terdapat kedai Mee Udang Galah Cik Da


Lokasi terakhir di Dabong adalah Jelawang Pipe Resort & Extreme Park . Jarak antara stesen Keretapi Dabong ke sini dalam 10km.
Masing-masig sudah keletihan, jadi ambil keputusan makan tengahari dan berehat sambil mandi-manda. Terdapat sungai yang jernih dan ada ikan-ikan kelah dan berbagai spesis lain yang jinak-jinak dan boleh diberi makan bukan dimakan๐Ÿ˜. Terdapat juga chalet-chalet berbagai harga bagi yang hendak menginap dan bermalam.








Masing dah letih , cancel Program ke  Kota Bharu , Pantai Senok dan Pantai Kemayang Bachok (InsyaAllah lain kali) terus balik ke Homestay di Bukit Merbau jam 230 petang sampai Homestay jam 430 petang. 



Selepas rehat sekejap pekena Mee Udang Jebok, Bukit Merbau


HARI KEDUA : 11 FEB 2024
Sarapan di kedai Roti Canai Pok Kob Kg Sokor, Kok Lanas





Destinasi Pertama Hari kedua adalah Jeram Mengaji Agro Resort di Pasir Puteh









Destinasi ke 2 : Guillemard Bridge , Kg Kusial Baru, Tanah Merah. Perjalanan dari Jeram Mengaji mengambil masa 30 minit.


Jambatan klasik dibina pada tahun 1920 untuk menghubungkan Kampung Paloh Rawa ke Kampung Kusial. Dulu boleh dilalui keretapi dan kenderaan. Sekarang dah jadi laluan keretapi saja.

Destinasi seterusnya ke Negeri Terengganu Darul Iman. Dalam perjalanan sempat membeli ETOK, ada yang nak try, kita tengok pandai makan ke?




Tu dia, katok dengan botol terus๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Lokasi pertama di Negeri Terengganu adalah Masjid 8 Kubah di Jerteh. Kebetulan sampai di Masjid sudah nak masuk waktu Zohor, jadi sempat la, jamak qasar kat sini.




Seterusnya ke Kedai Air Buah viral , D'Floral Restauran Permaisuri





Nak kan suasana Makan Celup Tepung tepi pantai sambil ditiup angin pantai, singgah di MCTS (MR Celup Tepung Station) di Pantai Penarik









Sebelum sampai ke Homestay Kuala Terengganu singgah di Surau Langgar Rindu , Kg Rhu Tapai




Homestay Hari ke 2 : Ivana Homestay, Kuala Terengganu




HARI KE-3 : 12 FEB 2024
Sebelum sarapan singgah di Jambatan Angkat , Kuala Terengganu





Sarapan ditaja oleh Kak Nah Nasi Kerabu , ibu sahabat ambo, Ajon di Kuala Terengganu. Semoga dimurahkan rezeki. Aamiin







Selepas Sarapan terus ke Pasar Payang , jarak dalam 4 km sahaja.



Dalam perjalanan balik ke ke Bangi , kami singgah di Pulau Kekabu , Marang






Singgah di Pantai Kemasik untuk makan tengahari, dulunya pantai ni cantik tetapi sekarang sudah banyak hakisan








Perjalanan diteruskan ke Bangi, singgah rehatkan badan di hentian Temerloh dan persinggahan terakhir di Hentian sebelah Serdang , makan malam , nasi lemak.



Alhamdulillah permusafiran 3H3M berjaya dan selamat pergi dan balik ke rumah masing-masing.